Selasa, 24 Mac 2009

Pengenalan

Posted by PERKIM UniSZA On 9:53 PTG | No comments
PENGENALAN

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia atau The Muslim Welfare Organisation Of Malaysia yang lebih dikenali sebagai PERKIM telah ditubuh dan didaftarkan pada 19 Ogos 1960 oleh YTM Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Pada ketika itu ia merupakan satu-satunya pertubuhan yang mengerakkan dakwah kepada orang-orang Islam maupun bukan Islam di Malaysia. Dalam pendekatanya terhadap dakwah PERKIM menekankan program-program kebajikan yang praktikal yang boleh disesuaikan kepada masyarakat umum.


MATLAMAT

PERKIM adalah sebuah pertubuhan sukarela yang diwujudkan untuk memberi perkhidmatan kebajikan dan kerja-kerja pembangunan masyarakat serta menghulur bantuan kepada anak-anak yatim, fakir miskin, orang kurang upaya dan lain-lain yang memerlukan tanpa mengira bangsa atau agama selari dengan ajaran Islam.


AKTIVITI

Aktiviti-aktiviti PERKIM meliputi tiga bidang utama iaitu Kebajikan, Dakwah dan Pendidikan. Pelbagai aktiviti dirancang melalui projek-projek amal dan program-program kemasyarakatan. Ianya berjalan dengan kerjasama pertubuhan-pertubuhan kebajikan dan dakwah (NGO) yang lain.


ORGANISASI

PERKIM adalah sebuah pertubuhan yang mengandungi Bahagian di tiap-tiap negeri kecuali Sabah dimana ia mewujudkan pengabungan dengan USIA dan Hikmah di Sarawak. PERKIM Bahagian akan mengendali urus sendiri dari segi pentadbiran, kewangan dan mengerakkan aktiviti sendiri atau melalui cawangan masing-masing. Oleh itu tiap-tiap Bahagian adalah bertanggungjawab untuk memberi panduan dan menyelaras cawangan masing-masing.


OBJEKTIF
  1. DAKWAH - Menjalankan dakwah Islamiah kepada orang Islam dan yang bukan Islam dengan cara positif dan berkesan.

  2. PELAJARAN - Memberi, mengada, mengurus dan menjalankan pelajaran dan pendidikan agama Islam menerusi segala media dan dengan segala jalan yang sah di sisi undang-undang.

  3. KEBAJIKAN - Menjalankan semua kerja-kerja kebajikan termasuk memberi bantuan, derma, biasiswa atau dermasiswa kepada yang berkelayakan dan menjalankan lain-lain amal jariah kepada yang sakit, miskin, susah dan daif.

  4. KERJASAMA - Menubuhkan perantaraan dan kerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan dan badan-badan Islam lain demi kamajuan agama Islam.

  5. LAIN-LAIN - Mejalankan lain-lain kegiatan demi kepentingan dan kemajuan Agama Islam.


COGANKATA

Cogankata PERKIM iaitu, "Islam Itu Persaudaraan" menjadi tunggak yang harus sentiasa dihayati dan dipraktikkan dimana PERKIM hendaknya dijadikan nadi untuk menyatupadukan umat Islam khususnya ahli-ahli dan masyarakat setempat amnya.

0 comments:

Catat Ulasan

HUBUNGI

perkim_udm@yahoo.com