Jumaat, 23 Oktober 2009

KEMBARA DAKWAH KELAB PERKIM UDM

Posted by PERKIM UniSZA On 7:31 PG | No comments
tarikh: 25 julai 2008
tempat: UDM-MPKT-ASRAMA DARUL FALAH- KG KEMANG TIRUK-DUN TEPOH
Peserta;80 siswa UDM & AJK KELAB PERKIM UDM

UDM (perkarangan kafe baru)
program telah dirasmik oleh Dr.Hakim Bin Abdullah ,Pegawai Khas Naib Canselor dan ucapan ringkas daripada Pengerusi PERKIM Negeri Terengganu , Yang Amat Arif Dato Ismail Yahya. pada pukul 8.30 pagi, peserta konvoi dilepaskan dengan rasminya.

MPKT
Peserta konvoi tiba dan mengedarkan risalah mengenai PERKIM dan risalah dakwah.

Asrama Anak Yatim Darul Falah
peserta konvoi beramah mesra dan menyampaikan sumbangan kepada anak yatim. ada juga yang menjadikan mereka adik angkat.kami makan tengahari disana bersama adik-adik dan tetamu jemputan.







Kg. Kemang Tiruk
kami tiba disini pada pukul 1 petang. Di sini pula kami beramah mesra dengan penduduk berbangsa Cina yang hidup dalam masyarakat Melayu dan terdapat sebilangan daripada mereka telah memeluk Islam. kami dijamu dengan pelbagai buah-buahan tempatan.sedapnye..rasa macam kt kampung sendiri. Antara aktiviti yang dijalankan disana ialah membersihkan kawasan masjid, kubur dan gotong-royong sekitar kawasan kampung .








Pejabat DUN Tepoh
kami tiba disini pada pukul 3petang untuk majlis penutup bersama Yang Berhormat Ustaz Ramli Nuh yang merupakan wakil rakyat bagi DUN Tepoh. memang agak memenatkan terutama bagi peserta-peserta konvoi. tapi boleh dilihat bahawa mereka sangat enjoy dan seronok dengan program ini. Selain itu, ia memberi pengalaman berharga tentang bagaimana berinteraksi dengan masyarakat.

0 comments:

Catat Ulasan

HUBUNGI

perkim_udm@yahoo.com