Sabtu, 2 April 2011

SEBATANG LEMANG DI SUNGAI PERGAM

Posted by PERKIM UniSZA On 7:57 PTG | No comments
Pada 8-9 oktober 2010, kelab PERKIM UniSZA telah berkampung di perkampungan orang asli sg,pergam ,kemaman untuk meraikan sambutan aidilfitri bersama penduduk kampung. seramai 40 ahli kelab termasuk exco telah bersama-sama berganding bahu dengan PERKIM TERENGGANU untuk menyiapkan juadah wajib apabila syawal menjelma iaitu lemang.

Ahli kelab perkim telah merasai pengalaman membuat lemang daripada cara membasuh buluh dan daun lerek, memasukkan beras ke dalam buluh hinggalah memasak lemang. Wakil dari PERKIM TERENGGANU juga tidak ketinggalan untuk bersama-sama menunjukkan kepakaran dan pengalaman dalam memasak lemang. Pada keesokkan harinya,kami telah membantu menyediakan makanan dan membersihkan dewan untuk majlis hari raya. majlis kali ini mendapat sambutan yang amat meriah dari penduduk kerana ramai yang hadir pada majlis tersebut. Program ini telah mengeratkan ukhwah dan melatih ahli kelab PERKIM UniSZA untuk berinteraksi dengan masyarakat pelbagai budaya. selain itu, mengeratkan hubungan antara PERKIM UniSZA dan PERKIM Terengganu.





sesi tutorial bersama pengerusi PERKIM Terengganu


khusyuknye..


pakar-pakar membuat lemang







0 comments:

Catat Ulasan

HUBUNGI

perkim_udm@yahoo.com