Ahad, 1 November 2009

selamat berjuang sahabat......!

Posted by PERKIM UniSZA On 6:05 PG | No comments
Di kesempatan ini...
di keheningan waktu yang terlalu tertekan...
walaupun masih mempunyai waktu...
kami mengucapkan dan juga mendoakan semua ahli Kelab Perkim UDM khususnya
dan semua stdudents UDM.....
selamat berjaya dalam peperiksaan yang dihadapi...
insyAllah....
jika anda belajar dan menjawab peperiksaan dengan niat yang betul dan jitu....
berniatlah dengan meraikan ilmu supaya senang mendapat kejayaan kelak..

amminnn....

Sabtu, 24 Oktober 2009

Tarikh: 7 & 8 Ogos 2009
Tempat: Kg Orang Asli Sg Berua
Peserta: 33 ahli kelab + exco




kawan baik....





Jumaat, 23 Oktober 2009

JOM REMPIT GI MASJID!!!!

Posted by PERKIM UniSZA On 8:22 PTG | No comments

ZIARAH AMAL KE HSNZ

Posted by PERKIM UniSZA On 7:28 PTG | No comments
Tarikh: 8 ogos 2009
Tempat: Hospital Sulatanah Nur Zahirah, K.T'ganu (HSNZ)
Masa:8.30 a.m-1.30 p.m
Peserta: 40 ahli kelab termasuk exco

Alhamdulillah..akhirnya, tercapai juga hasrat kami untuk mengadakan ziarah amal ke hospital. walaupun time 2, negara kita sibuk dengan wabak H1N1. kami membuat lawatan di wad kanak-kanak bersama sedikit sumbangan berupa makanan, buku dan risalah dakwah. selepas itu, kami bergerak ke PERKIM TERENGGANU untuk makan tengahari disana. insyaallah, selepas permulaan ini, akan ada lagi program lanjutan ziarah ke hospital lagi.







KEMBARA DAKWAH KELAB PERKIM UDM

Posted by PERKIM UniSZA On 7:31 PG | No comments
tarikh: 25 julai 2008
tempat: UDM-MPKT-ASRAMA DARUL FALAH- KG KEMANG TIRUK-DUN TEPOH
Peserta;80 siswa UDM & AJK KELAB PERKIM UDM

UDM (perkarangan kafe baru)
program telah dirasmik oleh Dr.Hakim Bin Abdullah ,Pegawai Khas Naib Canselor dan ucapan ringkas daripada Pengerusi PERKIM Negeri Terengganu , Yang Amat Arif Dato Ismail Yahya. pada pukul 8.30 pagi, peserta konvoi dilepaskan dengan rasminya.

MPKT
Peserta konvoi tiba dan mengedarkan risalah mengenai PERKIM dan risalah dakwah.

Asrama Anak Yatim Darul Falah
peserta konvoi beramah mesra dan menyampaikan sumbangan kepada anak yatim. ada juga yang menjadikan mereka adik angkat.kami makan tengahari disana bersama adik-adik dan tetamu jemputan.







Kg. Kemang Tiruk
kami tiba disini pada pukul 1 petang. Di sini pula kami beramah mesra dengan penduduk berbangsa Cina yang hidup dalam masyarakat Melayu dan terdapat sebilangan daripada mereka telah memeluk Islam. kami dijamu dengan pelbagai buah-buahan tempatan.sedapnye..rasa macam kt kampung sendiri. Antara aktiviti yang dijalankan disana ialah membersihkan kawasan masjid, kubur dan gotong-royong sekitar kawasan kampung .








Pejabat DUN Tepoh
kami tiba disini pada pukul 3petang untuk majlis penutup bersama Yang Berhormat Ustaz Ramli Nuh yang merupakan wakil rakyat bagi DUN Tepoh. memang agak memenatkan terutama bagi peserta-peserta konvoi. tapi boleh dilihat bahawa mereka sangat enjoy dan seronok dengan program ini. Selain itu, ia memberi pengalaman berharga tentang bagaimana berinteraksi dengan masyarakat.

Khamis, 3 September 2009

PROGRAM ZIARAH MAULIDUR RASUL KE KG ORG ASLI SG BERUA

Posted by PERKIM UniSZA On 10:22 PTG | No comments

sinar harian, 23 mac 2009

Ziarah Maulidur Rasul jalin hubungan mesra


SUNGAI BERUA - Program Penghayatan Maulidur Rasul (Ziarah Maulidur Rasul) 2009 Masihi/1430 Hijrah yang diadakan selama dua hari di perkampungan Orang Asli Sungai Berua di sini, ternyata memberi kelainan tersendiri apabila pengisiannya dipenuhi dengan pelbagai konsep. Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu yang dilaksanakan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu turut dimeriahkan dengan pembabitan belia tempatan, 40 penuntut Universiti Darul Iman (UDM), Kelab Viva Terengganu dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Hulu Terengganu. Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu,

Nor Hisham Mohamed berkata, konsep yang diterapkan sepanjang program merangkumi pelbagai pendekatan seperti kerohanian, kesukanan, latihan dalam kumpulan serta khidmat sosial.
“Kepelbagaian pengisian ini ternyata mampu menjadikan program bertambah menarik dan meriah. “Paling penting, setiap aktiviti yang dilakukan memberi kesan positif, seterusnya membolehkan objektif dapat dicapai. “Antara aktiviti diadakan adalah sukaneka komuniti, perlawanan bola sepak, kuliah agama yang disampaikan wakil Pejabat Agama Daerah Hulu Terengganu dan latihan dalam kumpulan oleh penuntut UDM. “Kami juga berbesar hati dengan pembabitan anggota polis menjayakan aktiviti khidmat sosial melalui penganjuran program gotong-royong kebersihan di perkampungan ini yang turut diadakan sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-202,” katanya kepada Sinar Harian.

Program perasmian penutup yang disempurnakan Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Mohd Nor Othman itu juga bukan sekadar memberikan penghayatan dalam kalangan generasi belia terhadap perjuangan Nabi Muhammad SAW tetapi secara tidak langsung, menjalinkan hubungan mesra dengan masyarakat Orang Asli.


SEKILAS....

ahli-ahli KELAB PERKIM UDM yang pergi...




adik-adik angkat


bersedia untuk lari ambil epal




PERKIM UDM VS REMAJA ASLI SG BERUA..Agak2 sape menang? (UDM 0.....)



Ni main tarik tali ke, main mata???


pasukan bola sepak PERKIM UDM+ RAKAN MUDA HULU TGANU



fuyyohh...

model x bergaji konvoi viva terengganu


pihak polis yg sama2 turun padang bergotong-royong

penyampaian hadiah sukaneka




Selasa, 11 Ogos 2009

JAWATANKUASA KELAB PERKIM UDM SESI 2009/2010

Posted by PERKIM UniSZA On 11:47 PTG | No comments

MAJLIS TERTINGGI

PENAUNG

En. Nordin bin Jusoh

Timbalan Pangarah Hal-Ehwal Pelajar UDM

PENASIHAT

Dr. Ramle b.Abdullah

Yang Dipertua

Wan Ibrahim B. Wan Hashim

NYDP 1

Sabir b. Abdul Ghani

NYDP 2

Nurul Syazwani bt Sabarudin

SETIAUSAHA

1 .Damiril habien B.Abdul Hosni 2. Nazhatul Ain Bt. Hisamudin

BENDAHARI

1. Abdul Rashid B.Abdul Rahim 2. Nor Azmawaty bt Zakaria


JAWATANKUASA PELAKSANA

EXCO PUBLISITI

1.Abdul Muiz B. Ab Rahman 2. Rosmidah Nuruhuda Bt.Ishak

EXCO PENDIDIKAN

1.Muhd Zahid B. Zakaria 2. Raudhah Bt Bahrin

EXCO SUKAN DAN REKREASI

1.mohamad zaidi bin supaat 2.siti khadijah bt tan

EXCO DAKWAH DAN TARBIAH

1.Ahmad Fakhrurozi B. Abdullah 2.Saiyidah Balqis Bt Sulaiman

EXCO KEBAJIKAN

1.iqbal 2.Nurzaleha Bt Muhammad Nazir

Selasa, 24 Mac 2009

Pengenalan

Posted by PERKIM UniSZA On 9:53 PTG | No comments
PENGENALAN

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia atau The Muslim Welfare Organisation Of Malaysia yang lebih dikenali sebagai PERKIM telah ditubuh dan didaftarkan pada 19 Ogos 1960 oleh YTM Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Pada ketika itu ia merupakan satu-satunya pertubuhan yang mengerakkan dakwah kepada orang-orang Islam maupun bukan Islam di Malaysia. Dalam pendekatanya terhadap dakwah PERKIM menekankan program-program kebajikan yang praktikal yang boleh disesuaikan kepada masyarakat umum.


MATLAMAT

PERKIM adalah sebuah pertubuhan sukarela yang diwujudkan untuk memberi perkhidmatan kebajikan dan kerja-kerja pembangunan masyarakat serta menghulur bantuan kepada anak-anak yatim, fakir miskin, orang kurang upaya dan lain-lain yang memerlukan tanpa mengira bangsa atau agama selari dengan ajaran Islam.


AKTIVITI

Aktiviti-aktiviti PERKIM meliputi tiga bidang utama iaitu Kebajikan, Dakwah dan Pendidikan. Pelbagai aktiviti dirancang melalui projek-projek amal dan program-program kemasyarakatan. Ianya berjalan dengan kerjasama pertubuhan-pertubuhan kebajikan dan dakwah (NGO) yang lain.


ORGANISASI

PERKIM adalah sebuah pertubuhan yang mengandungi Bahagian di tiap-tiap negeri kecuali Sabah dimana ia mewujudkan pengabungan dengan USIA dan Hikmah di Sarawak. PERKIM Bahagian akan mengendali urus sendiri dari segi pentadbiran, kewangan dan mengerakkan aktiviti sendiri atau melalui cawangan masing-masing. Oleh itu tiap-tiap Bahagian adalah bertanggungjawab untuk memberi panduan dan menyelaras cawangan masing-masing.


OBJEKTIF
  1. DAKWAH - Menjalankan dakwah Islamiah kepada orang Islam dan yang bukan Islam dengan cara positif dan berkesan.

  2. PELAJARAN - Memberi, mengada, mengurus dan menjalankan pelajaran dan pendidikan agama Islam menerusi segala media dan dengan segala jalan yang sah di sisi undang-undang.

  3. KEBAJIKAN - Menjalankan semua kerja-kerja kebajikan termasuk memberi bantuan, derma, biasiswa atau dermasiswa kepada yang berkelayakan dan menjalankan lain-lain amal jariah kepada yang sakit, miskin, susah dan daif.

  4. KERJASAMA - Menubuhkan perantaraan dan kerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan dan badan-badan Islam lain demi kamajuan agama Islam.

  5. LAIN-LAIN - Mejalankan lain-lain kegiatan demi kepentingan dan kemajuan Agama Islam.


COGANKATA

Cogankata PERKIM iaitu, "Islam Itu Persaudaraan" menjadi tunggak yang harus sentiasa dihayati dan dipraktikkan dimana PERKIM hendaknya dijadikan nadi untuk menyatupadukan umat Islam khususnya ahli-ahli dan masyarakat setempat amnya.

Selasa, 10 Mac 2009

Program Di Sungai Pergam

Posted by PERKIM UniSZA On 3:42 PG | No comments
Program Di Kampung Sungai Pergam

Program ini telah melibatkan seramai 40 orang peljar dari Kelab PERKIM UDM.Alhamdulillah, semua program telah berjalan dengan baik. Terima kasih atas kerjasama dari anda semua.


Hari Pertama...


Pembahagian Borang Kaji Selidik





Menuju ke rumah ayah angkat masing-masing




Memberi Taklimat Tentang Cara Bertudung







Sukaneka bersama penduduk Kampung Sg.Pergam


Hari Kedua....









Acara perkahwinan dan bersanding

Majlis Perasmian Penutup.



Islam itu Persaudaraan




HUBUNGI

perkim_udm@yahoo.com