Sabtu, 2 April 2011

TEMPAT: KAFE ASRAMA BARU


sesi pendaftaran pengundi


berfikir mencari yang terbaik



tersenyum lega menyerah undi





gelagat ahli kelab mengundi


urusetia undian


sesi mengira undi.






pening mengira jumlah undi calon

MOTIVASI BERSAMA PELAJAR MARANG

Posted by PERKIM UniSZA On 9:43 PTG | No comments


Kelab PERKIM UniSZA telah diberi penghormatan untuk mengadakan program motivasi bersama pelajar sekolah sekitar daerah Marang anjuran PERKIM Marang dan PERKIM Terengganu. seramai 80 lebih pelajar telah bertandang ke bumi UniSZA untuk menghadiri program tersebut yang berjalan selama satu hari. antara program yang dijalankan ialah sesi pengenalan mengenai UniSZA yang disampaikan oleh wakil UniSZA, ceramah motivasi oleh penasihat kelab PERKIM, Prof Dr.Ramle bin Abdullah dan program motivasi oleh ahli kelab PERKIM UniSZA. tidak lupa juga beberapa tetamu telah memeriahkan program ini iaitu pengerusi PERKIM TERENGGANU, wakil PERKIM Marang dan juga beberapa guru pengiring.


kehadiran pelajar dari sekitar daerah Marang


penerangan mengenai UniSZA oleh EN Faizal


sedikit suntikan motivasi oleh Penasihat PERKIM


tetamu menjamu selera



program motivasi








sesi kenangan bersama






MAJLIS SAMBUTAN JUBLI EMAS PERKIM

Posted by PERKIM UniSZA On 9:32 PTG | No comments
sempena sambutan ulang tahun PERKIM yang ke-50, kelab PERKIM UniSZA tidak melepaskan peluang untuk sama-sama mengikuti sambutan yang diadakan di masjid wilayah persekutuan yang telah diadakan selama 3 hari. kami juga mengambil kesempatan untuk membuka booth dengan mempamerkan maklumat mengenai kelab PERKIM UniSZA serta menjual beberapa barangan seperti buku dan sedikit makanan ringan. Terdapat juga kelab PERKIM universiti lain yang turut sama membuka booth mereka. sepanjang 3 hari, kami telah bergilir-gilir menjaga booth kami dan hasilnya amat memberangsangkan walaupun terdapat beberapa booth lain yang turut menjual buku. Tahniah buat tuanpunya buku, abang Murad yang turut bersama kami dan memberi kepercayaan kepada kami untuk membantunya.

Syabas buat warga kerja PERKIM KEBANGSAAN yang telah bertungkus lumus menyempurnakan majlis sambutan JUBLI EMAS PERKIM.


inilah barangan jualan kami....


bergambar sambil menjual buku


tanda booth kami


ade gaye penjual buku tak?

SYAWAL DIRAI, UKHWAH BERSEMI

Posted by PERKIM UniSZA On 8:45 PTG | No comments
Atas penghargaan terhadap ahli kelab PERKIM yang banyak menyokong keutuhan kelab ini yang telah bertapak di Unisza selama 3 tahun, kelab PERKIM UniSZA telah mengadakan majlis hari raya pada 15 oktober 2010 yang bertempat foyer asrama baru UniSZA. 'Syawal Dirai Ukhwah Bersemi' telah dipilih sebagai moto pada majlis kali kedua ini sebagai cara untuk mendekatkan diri kelab PERKIM UniSZA dengan ahli-ahlinya. majlis ini telah dihadiri oleh penasihat kelab PERKIM UniSZA, Prof dr.Ramle bin Abdullah dan keluarga, mrs Aya dan En.Hapis, seorang pensyarah jabatan sains sosial. Tidak lupa juga, dua orang wakil MPP telah turut serta memeriahkan majlis ini.


ahli yang hadir


pendaftaran ahli


makanan yang boleh ditambah lagi...


sabar menunggu detik ...


tetamu yang hadir


wakil MPP


penyampaian hadiah kepada penasihat kelab PERKIM


rase macam dapat 'award'


tersenyum gumbira mendapat cabutan bertuah


aksi jawatankuasa perkim yang kepenatan

SEBATANG LEMANG DI SUNGAI PERGAM

Posted by PERKIM UniSZA On 7:57 PTG | No comments
Pada 8-9 oktober 2010, kelab PERKIM UniSZA telah berkampung di perkampungan orang asli sg,pergam ,kemaman untuk meraikan sambutan aidilfitri bersama penduduk kampung. seramai 40 ahli kelab termasuk exco telah bersama-sama berganding bahu dengan PERKIM TERENGGANU untuk menyiapkan juadah wajib apabila syawal menjelma iaitu lemang.

Ahli kelab perkim telah merasai pengalaman membuat lemang daripada cara membasuh buluh dan daun lerek, memasukkan beras ke dalam buluh hinggalah memasak lemang. Wakil dari PERKIM TERENGGANU juga tidak ketinggalan untuk bersama-sama menunjukkan kepakaran dan pengalaman dalam memasak lemang. Pada keesokkan harinya,kami telah membantu menyediakan makanan dan membersihkan dewan untuk majlis hari raya. majlis kali ini mendapat sambutan yang amat meriah dari penduduk kerana ramai yang hadir pada majlis tersebut. Program ini telah mengeratkan ukhwah dan melatih ahli kelab PERKIM UniSZA untuk berinteraksi dengan masyarakat pelbagai budaya. selain itu, mengeratkan hubungan antara PERKIM UniSZA dan PERKIM Terengganu.





sesi tutorial bersama pengerusi PERKIM Terengganu


khusyuknye..


pakar-pakar membuat lemang







HUBUNGI

perkim_udm@yahoo.com