Khamis, 3 September 2009

PROGRAM ZIARAH MAULIDUR RASUL KE KG ORG ASLI SG BERUA

Posted by PERKIM UniSZA On 10:22 PTG | No comments

sinar harian, 23 mac 2009

Ziarah Maulidur Rasul jalin hubungan mesra


SUNGAI BERUA - Program Penghayatan Maulidur Rasul (Ziarah Maulidur Rasul) 2009 Masihi/1430 Hijrah yang diadakan selama dua hari di perkampungan Orang Asli Sungai Berua di sini, ternyata memberi kelainan tersendiri apabila pengisiannya dipenuhi dengan pelbagai konsep. Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu yang dilaksanakan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu turut dimeriahkan dengan pembabitan belia tempatan, 40 penuntut Universiti Darul Iman (UDM), Kelab Viva Terengganu dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Hulu Terengganu. Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu,

Nor Hisham Mohamed berkata, konsep yang diterapkan sepanjang program merangkumi pelbagai pendekatan seperti kerohanian, kesukanan, latihan dalam kumpulan serta khidmat sosial.
“Kepelbagaian pengisian ini ternyata mampu menjadikan program bertambah menarik dan meriah. “Paling penting, setiap aktiviti yang dilakukan memberi kesan positif, seterusnya membolehkan objektif dapat dicapai. “Antara aktiviti diadakan adalah sukaneka komuniti, perlawanan bola sepak, kuliah agama yang disampaikan wakil Pejabat Agama Daerah Hulu Terengganu dan latihan dalam kumpulan oleh penuntut UDM. “Kami juga berbesar hati dengan pembabitan anggota polis menjayakan aktiviti khidmat sosial melalui penganjuran program gotong-royong kebersihan di perkampungan ini yang turut diadakan sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-202,” katanya kepada Sinar Harian.

Program perasmian penutup yang disempurnakan Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Mohd Nor Othman itu juga bukan sekadar memberikan penghayatan dalam kalangan generasi belia terhadap perjuangan Nabi Muhammad SAW tetapi secara tidak langsung, menjalinkan hubungan mesra dengan masyarakat Orang Asli.


SEKILAS....

ahli-ahli KELAB PERKIM UDM yang pergi...




adik-adik angkat


bersedia untuk lari ambil epal




PERKIM UDM VS REMAJA ASLI SG BERUA..Agak2 sape menang? (UDM 0.....)



Ni main tarik tali ke, main mata???


pasukan bola sepak PERKIM UDM+ RAKAN MUDA HULU TGANU



fuyyohh...

model x bergaji konvoi viva terengganu


pihak polis yg sama2 turun padang bergotong-royong

penyampaian hadiah sukaneka




HUBUNGI

perkim_udm@yahoo.com