Pada tarikh 7 hingga 12 September 2015 yang lepas, Kelab Perkim Unisza telah berjaya menjalankan sebuah program yang diberi nama Integrasi Sosial Kelab Perkim Unisza bertempat di Kampung Saee daerah Sibu, Sarawak. Program yang berkonsepkan 'dakwah dan ziarah' ini telah berjaya menarik sebanyak 27 penyertaan terdiri daripada 9 orang Muslimin dan selebihnya adalah Muslimat yang majoritinya terdiri daripada ahli kelab Perkim Unisza.
Antara peserta program Integrasi Sosial
7 September 2015 (Isnin)
Tepat jam 6.00 petang, seramai 28 peserta program termasuk seorang pegawai pengiring iaitu Puan Wan Muzawati Binti Wan Musa, Pegawai Pejabat Naib Canselor sebagai mewakili Hal Ehwal Pelajar (HEPA) Unisza mula bertolak dari Unisza dan tiba di KLIA 2 pada jam 12.30 pagi (8 September). Bertolak ke Lapangan Terbang Sibu pada jam 6.00 pagi.
8 September 2015 (Selasa)
Ketibaan para peserta di Lapangan Terbang Sibu pada jam 8.00 pagi.
Tiba di Lapangan Terbang Sibu, Sarawak
Setibanya di Sibu, peserta dibawa menaiki bas untuk bersarapan pagi. Selepas itu, program diteruskan dengan melawat pejabat Perkim Wanita Cawangan Sibu, Sarawak pada jam 10 pagi.
Melawat Pejabat Perkim Wanita Cawangan Sibu, Sarawak
Sesi mendengar ceramah dan perkongsian idea
Peserta tekun mendengar perkongsian ilmu
Bertukar pandangan berkenaan pengurusan organisasi
Terima kasih Perkim Wanita Sibu
Usai lawatan tersebut, para peserta kemudian bergerak ke destinasi utama program iaitu Kampung Saee, Sibu Sarawak. Ketibaan para peserta di Kampung Saee kira-kira pada jam 5.00 petang telah disambut dengan meriah oleh penduduk setempat.
Ketibaan peserta disambut oleh penduduk kampung
Para peserta bersama golongan bapa
Para peserta bersama golongan ibu
Para peserta dihidangkan dengan makan malam sebelum program diteruskan dengan Majlis Perasmian dan sesi pembahagian anak angkat pada sebelah malam
Sesi pembahagian anak angkat
Para peserta bersama keluarga angkat masing-masing
9 September 2015 (Rabu)
Selesai solat subuh berjemaah dan bersarapan pagi, aktiviti dimulakan dengan senaman pagi dan aerobik bersama penduduk kampung yang dikendalikan oleh ajk Sukan & Rekreasi saudara Amin.
Senaman dan aerobik bersama penduduk kampung
Selesai senaman pagi, para peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi aktiviti gotong-royong bersama penduduk setempat. Antara tempat yang terlibat adalah kawasan masjid, tanah perkuburan dan sekitar kampung.
Gotong-royong membersihkan kawasan sekitar kampung
Pada sebelah petang pula, para peserta telah terlibat mengadakan program motivasi bersama para pelajar Sekolah Kebangsaan Mohd Redeh.
Slot bersama pelajar Sekolah Kebangsaan Mohd Redeh
Fasilitator memimpin adik-adik
Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan
Aktiviti pelajar turut diperhatikan oleh ibu-ibu
YDP Perkim Unisza, Saudara Saiful
Keceriaan terserlah pada wajah mereka
Pada sebelah malam pula, telah diadakan sesi penyampaian hadiah kepada semua pelajar Sekolah Kebangsaan Mohd Redeh yang disampaikan oleh En. Kamarul Arifin Bin Ramlan dan En. Muslim Bin Dorhan, guru Sekolah Kebangsaan Mohd Redeh, sebagai mewakili guru besar mereka.
10 September 2015 (Khamis)
Selesai solat subuh berjemaah dan sarapan pagi, aktiviti pada Khamis dimulakan dengan senaman pagi dan aerobik bersama penduduk kampung.
Senaman dan aerobik bersama penduduk kampung
Peserta bersama salah seorang ibu angkat
Selesai senaman pagi, para peserta telah dibawa menerokai sekitar kampung oleh penduduk setempat. Antara tempat menarik yang dilawati adalah ladang nenas dan rumah panjang. Pada sebelah petang pula, aktiviti diteruskan dengan acara 'Running Iman' sebagai simbolik kepada aktiviti 'Explorace', di sekitar kawasan kampung Saee.
Peserta bersama kumpulan masing-masing
Pada sebelah malam pula, telah diadakan aktiviti Malam Kebudayaan yang melibatkan persembahan daripada pelajar Sekolah Kebangsaan Mohd Redeh, penduduk kampung dan tidak ketinggalan para peserta program.
11 September 2015 (Jumaat)
Pada jam 9.00 pagi, aktiviti pada hari Jumaat dimulakan dengan permainan tradisional yang dikendalikan oleh penduduk kampung untuk peserta program. Antara permainan seperti pertandingan fesyen, bekas air beracun, dan tapak kaki menggunakan surat khabar.
Selesai solat Jumaat, program diteruskan dengan Majlis Perasmian Penutup dan sesi penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh Penasihat Perkim Unisza, Prof. Dr Ramle Bin Abdullah.
Sesi bergambar kenang-kenangan bersama penduduk kampung
Kegembiraan peserta selepas tamat program
Terima kasih kerana menerima kedatangan kami
Tepat jam 6.00 petang, para peserta mula bertolak menuju ke Terminal Bas Sibu sebelum meneruskan perjalanan ke Kuching pada jam 10.30 malam.
12 September 2015 (Sabtu)
Peserta tiba di Kuching pada jam 5.00 pagi sebelum solat subuh dan persiapan diri di masjid berdekatan. Usai sarapan pagi, peserta telah dibawa melawati sekitar bandar Kuching sebelum ke Kampung Budaya.
Jalan-jalan di Kampung Budaya, Kuching
Sarawak...insya-ALLAH ada rezeki kami datang lagi
Selesai melawati sekitar bandar Kuching, peserta program menuju ke Lapangan Terbang Kuching untuk bertolak balik ke Kuala Lumpur. Semoga pengalaman yang kami perolehi akan dapat diadaptasikan untuk misi dakwah kepada masyarakat dan ummah. Insya-ALLAH, ada rezeki kami akan datang lagi ke bumi borneo. Syabas kepada pengarah dan semua ajk program yang bertungkus-lumus terlibat menjayakan program. Sekian terima kasih
































0 comments:
Catat Ulasan