Bismillahirrahmanirrahim....
Islam hadir kepada semua manusia untuk membawa kepada kehidupan yang terang benderang. Tiada apa yang diciptakan dimuka bumi melainkan memiliki hikmah yang agung, begitu juga kisah yang sering kita dengari berkenaan perintah penciptaan ke atas nabi ALLAH untuk menyembelih anak kesayangan, namun tetap akur kerana kehidupan tiada yang lain selain hanya untuk pengabdian kepada ALLAH Taala. Begitu kukuh imannya sehingga sanggup berkorban jiwa demi seruan dan ianya harus kita contohi tanpa mengetepikan segala hukum tang tertera di atas kalam ALLAH yang agung dan hadis nabawiyyah.
Inikan pula jika kita renungi pengorbanan Nabi ALLAH Muhammad S.A.W yang begitu besar dalam menyampaikan kalimah Tauhid kepada seluruh alam dan diterima sehingga ke hari ini bukan sahaja umat Islam malahan musuh juga tunduk dan akur dengan mesej yang disampaikan kerana telah dijelaskan di dalam hadis itu sendiri "al-Islamu ya'lu wala yu'la 'alaih" yang bermaksud Islam itu sentiasa tinggi dan tiada lain yang tinggi melainkannya.
Oleh yang demikian, saya bersama Ahli Majlis Tertinggi dan Barisan Exco Kelab Perkim Unisza menyeru kepada diri sendiri dan sahabat kaum muslimin sekalian untuk bersama dalam menghayati pengorbanan ibadah korban yang dilakar dalam seirah yang membawa kepada satu maksud iaitu hidup hanya demi agama Islam yang syumul ini dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakannya. Kami juga ingin mengucapkan salam Aidiladha minal Aidil Wal Faizin
AllahuAkbar, AllahuAkbar, AllahuAkbar
Tulisan dari tinta hati
Saudara Muhammad Saiful Ashari Bin Zainuddin
YDP Kelab Perkim Unisza

0 comments:
Catat Ulasan